Thursday, March 31, 2011

Din Beramboi Dalam Kenangan


Sudah setahun perginya abang tersayang.
Rasa macam baru semalam dengar lawak jenakanya.
Rasa macam baru semalam dengar dia menggelarkan saya sebagai "hamba abdi" / H.A.
Rasa macam baru semalam bekerja bersamanya.
Rasa macam baru semalam mendengar nasihatnya.
Rasa macam baru semalam dia celebrate graduation saya.
Rasa macam baru semalam dia mengutuk kereta saya.
Rasa macam baru semalam dia risau saya bertemu kekasih hati saya.
Rasa macam baru semalam dia call / text.
Rasa macam baru semalam ber-camerawhore dengannya.
Rasa macam baru semalam dia menyuruh saya mengambilnya.
Rasa macam baru semalam dengar riuh suaranya di riuh pagi era.
Rasa macam baru semalam dia belanja saya makan.
.
.
.
.
Rasa macam baru semalam mendapat berita beliau sakit.
Rasa macam baru semalam mendapat berita kehilangannya.

Seena mintak maaf kalau seena pernah menyakitkan hati.
Seena mintak maaf kalau seena tertinggi suara.
Seena mintak maaf kalau seena terkasar bahasa.
Seena mintak maaf kalau seena terlebih bergurau.
Seena mintak maaf kalau seena terlambat.
Seena mintak maaf kalau seena tak ada masa abang memerlukan seena.
Seena mintak maaf abang din. Seena mintak maaf :((
.
.
.
.
Halalkan makan minum seena abg din.


Kenangan yang paling seena ingat,

* masa tu seena baru lagi kenal luth, and time tu seena and abg din dekat penang buat audition raja lawak, he called luth and pesan suruh jaga seena elok elok or he will find luth. he such a protective brother.

* artis lain semua kenalkan P.A mereka as their P.A, but abg din kenalkan me as his H.A, stand for "hamba abdi" :) seena tak pernah terasa sebab abg din memang macam tu, gurau 24 jam.

* surprise graduation party organize by him dekat hard rock hotel, penang with all the raja lawak crew. i miss those moment. and that time seena nak sgt belajar main guitar, he bought me one and teach me a bit. tak sempat nak ajar seena, masing masing busy. He is a good musician, TRUST ME! he's really good.

* abg din selalu kutuk kereta seena bila dah ada kereta baru, kereta seena bergegarlah apalah :) and kalau travel bawak kereta dia je, sebab kereta laju and selesa.

We had a really great time, dan terlampau banyak kenangan bersamanya. Abg din is a good husband to Kak Su and great father to his kids. Dia selalu pesan jangan tinggalkan solat, and kena selalu happy. Arwah tidak ada pengganti, beliau seorang insan yang dianugerahkan dengan bakat yang sukar kita temui, sikap ramah, pemurah dan bertimbang rasa. Seena pernah bermimpi abg din seminggu selepas pemergian abg din, abg din suruh seena redha and arwah bagitau dia sudah tenang disana. Mimpi tu macam benar benar berlaku, macam seena betul betul jumpa abg din. Seena rinduuuuuu :((


SETAHUN ATAU BERAPA RIBU TAHUN SEKALIPUN, SEENA TAKKAN LUPA JASA ABG DIN. ABG DIN SENTIASA DALAM INGATAN. SEMOGA TENANG DI ALAM KEKAL WAHAI ABG TERSAYANG.



Al-Fatihah.

No comments: