Tuesday, November 23, 2010

Mior Ahmad Fuad Mior Badri didalam kenangan

I miss the jokes
Abg Din abang kesayangan Seena

I miss your smile

I miss all crazy pose with you

I miss being your P.A & sister

I miss you Abg Din. Al-Fatihah

Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi telah saya anggap sebagai Abang saya sendiri.
Masih ingat awal perkenalan saya dengan Abg Din iaitu semasa rakaman Tom Tom Bak musim ke-2, beliau telah dipanggil untuk memegang watak "Kicap", idea lawak Abg Din memang sukar untuk ditukar ganti.
Abg Din seorang abang yang sangat mengambil berat terhadap keluarga dan
kenalan terapatnya.
Tidak kedekut ilmu, sentiasa memberi nasihat dan juga idea idea dalam kerjaya seninya.
Menjadi Personal Assistant Abg Din adalah memori yang tidak akan saya lupakan.
Sebagai boss Abg Din juga memainkan peranan sebagai abang yang sangat baik.
Abg Din menggelarkan saya "H.A atau Hamba Abdi" nya. Walaupun agak kasar tetapi kepada sesiapa yang rapat dengannya tahu itu semua adalah lawak semata-mata.
Abg Din tak pernah bersungut dan sangat workaholic.
Dia sukar menolak permintaan orang.
Walaupun sibuk bekerja tetapi dia tidak pernah mengabaikan Isteri, Kak Su dan anak2nya.
Abg Din sangat rapat dengan anaknya yang paling bongsu yang kami semua gelar "Beyonce". Sangat comel dan perangainya seakan akan Abg Din,
suka bermain alat muzik dan petah berkata-kata.
Walaupun kadang kadang Abg Din ada jatuh sakit(demam) tetapi Abg Din tetap bertegas untuk pergi bekerja.
Seena tak sangka sewaktu Seena didalam "Akademi Fantasia 8"
Abg Din telah diserang denggi sehingga maut.
Walau apa pun,
Seena redha sebab Seena tahu Allah S.W.T lebih menyanyangi Abg Din.
Arwah seorang yang sangat baik dan pemurah. Seena sentiasa merindui Abg Din. Seena minta ampun untuk semua kesilapan yang pernah Seena lakukan. Halalkan makan minum Seena.

Semoga arwah Mior Ahmad Fuad Mior Badri ditempatkan dikalangan orang orang beriman.

Al-Fatihah.

No comments: